fbpx

Gadis sunyi, cari ‘penghibur’ di WeChat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR mendedahkan dia mula ketagih untuk melakukan hubungan intim selepas berkenalan dengan teman lelaki menerusi WeChat.

PETALING JAYA – Hanya sekadar mahu mengisi kesunyian, seorang wanita Nur (bukan nama sebenar), 21, sanggup menggadai maruah diri de­ngan seorang lelaki yang dikenali di media sosial, WeChat.

Menurutnya, perbuatan itu dilakukan selepas seminggu berhubungan melalui telefon.

Katanya, dia mula ketagih seks selepas menonton video lucah setiap kali mereka bertemu.

“Setelah hampir tiga bulan berkenalan, kami terlanjur dan melakukan perbuatan itu hampir setiap hari.

“Saya ada niat untuk berhenti tetapi kerana pujukan teman lelaki dan nafsu membuatkan saya terus melakukan perbuatan itu.

“Namun, selepas hampir setahun melakukannya, saya didapati mengandung dan berasakan masa hadapan saya gelap,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pusat Perlindungan Pertubuhan Kebajikan Rumah Kita di sini baru-baru ini.

Cerita Nur, dia pada mulanya berhasrat untuk ­menggugurkan bayi itu kerana tidak mahu berhadapan dengan kecaman masyarakat, namun ditentang teman lelaki yang mahu bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Keluarga menghantar saya ke pusat pelindungan ini. Penjaga serta rakan-rakan di sini banyak memberikan dorongan semangat agar saya terus kuat dan tabah meneruskan kehidupan,” ­ujarnya.

Keratan Kosmo! Ahad semalam

Dalam pada itu, Nur turut ­ditanya sama ada mahu berkahwin dengan lelaki yang telah menggadai maruahnya itu, namun dia enggan kerana tidak mahu peristiwa lama berulang kembali.

Dalam pada itu, seorang remaja Hidayah, 18, (bukan nama sebenar) yang hamil tujuh bulan memberitahu, dia terlanjur bersama rakan baiknya.

“Setelah hampir seminggu duduk bersama, saya telah menyerahkan tubuh kerana menganggap dia akan bertanggugjawab.

“Ternyata tanggapan saya meleset kerana lelaki itu dan keluarganya tidak mahu bertanggungjawab ke atas kandungan saya,” jelasnya.

Hidayah berkata, dia hampir gugurkan kandungan kerana tidak mahu dipandang jelek oleh masyarakat, namun pihak rumah perlindungan membantu menaik­kan moralnya.

Sementara itu, Presiden Pusat Perlindungan Pertubuhan Kebajikan Rumah Kita, Suraya Abdul Razak berkata, pihaknya bersedia membantu remaja terlanjur untuk membina kehidupan pada masa hadapan.

“Pusat kami boleh dihubungi di laman sosial Facebook Rumah Kita atau email di [email protected] serta datang sahaja tempat kami beralamat di No. 18 Jalan Pandan 8, Taman Pandan Jaya, Kuala Lumpur. Kami juga menerima sumbangan ikhlas orang ramai,” ujarnya.

Bagi pihak yang ingin menyalurkan bantuan, boleh berbuat demikian kepada akaun Maybank, 5644 9042 5736 atas nama Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Rumah Kita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI