fbpx

Pentadbir negeri perlu sampaikan kisah benar berlandas fakta – Sultan Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin bertitah pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia Penganugerahan Penerima Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat negeri Perak Sempena sambutan rasmi Ulang Tahun Ke-68 Hari Keputeraan baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah mengingatkan supaya barisan pentadbir negeri itu sentiasa menyampaikan kisah benar berlandaskan fakta agar baginda dapat menyempurnakan amanah secara adil dan saksama.

Baginda bertitah amat insaf akan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas diri dan kesempurnaan menyempurnakan amanah bukan sahaja diperhatikan oleh rakyat jelata, tetapi merupakan ujian besar Ilahi yang akan dinilai pada hari kebangkitan.

“Semoga Beta tidak dilalikan, tidak dilekakan dalam mimpi indah, tidak dibuai kata-kata pujian berunsur pelipur lara.

“Ahli-ahli Dewan Negara, para ulama dan umara, hendaklah senantiasa menyembahkan kepada Beta kisah benar, berlandaskan fakta, agar Beta tidak akan tergelincir daripada menyempurnakan amanah Ilahi secara adil, secara saksama,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian semasa Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68 baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Baginda juga bertitah, Malaysia kini sedang menghadapi perkembangan yang semakin mengancam perpaduan apabila agama dan kaum dijadikan benang tenunan untuk menganyam hamparan untuk meraih laba politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI