fbpx

Jimin sembunyi, hidup terperuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIMIN

SELEPAS pernah menggoncang dunia hiburan K-pop dengan kontroversi buli membabitkan dirinya dengan rakan sekumpulan iaitu Mina, penyanyi Jimin kini dikatakan hidup terasing daripada orang ramai.

Laporan Daily News mendedahkan bahawa penyanyi itu menjalani kehidupannya dengan terperuk di rumah selain memutuskan hubungan dengan orang di sekeliling.

Dia juga dikatakan tidak pernah bertemu dengan sesiapa termasuklah kenalan rapat dan pengurusnya sendiri selepas mengambil keputusan meninggalkan industri hiburan.

Julai tahun lalu, Jimin mengumumkan persaraan selepas Mina mendedahkan menjadi mangsa bulinya selama 10 tahun.

Kontroversi berkenaan terus panas apabila Mina berkongsi beberapa keping gambar didakwa sebagai bukti kecederaan yang dialaminya akibat cuba membunuh diri setelah depresi dibuli Jimin.

Selepas pendedahan berkenaan mendapat liputan meluas media, Jimin kemudian memadam semua akaun media sosial termasuklah Instagram dan YouTube.

Meskipun dikecam hebat dan digelar pembuli, namun Jimin tetap mendapat sokongan peminat yang mengharapkan dirinya berada dalam keadaan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI