fbpx

Pegawai bank maut digilis lori ketika balik kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa di lokasi kejadian.

SHAH ALAM – Perjalanan pulang seorang pegawai khidmat pelanggan sebuah bank ke tempat kerjanya bertukar tragedi apabila dia maut digilis lori dalam kejadian di Jalan Sungai Buloh – Subang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, mangsa yang berusia 20 tahun maut di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, siasatan mendapati mangsa dari Sungai Buloh ke tempat kerjanya di sekitar daerah ini.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis GPX Demon G200R disyaki telah bergesel dengan sebuah lori yang bergerak dari arah sama.

“Ini mengakibatkan mangsa jatuh lalu digilis dan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Justeru, kata Ramsay, mana-mana saksı bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zaharizul bin Zamri di talian 019-3229097.

Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI