fbpx

Lelaki sambut ‘ulang tahun perkahwinan’ dengan boneka Hatsune Miku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kondo membelikan sebuah kek kepada ‘isterinya’ sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka. - X

TOKYO – Seorang lelaki di Jepun menjadi sensasi internet kerana meraikan ulang tahun perkahwinan ke-6 bersama isterinya yang merupakan sebuah patung watak anime, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Akihiko Kondo, 41, berkahwin dengan boneka yang dikenali sebagai Hatsune Miku itu pada 2018.

Gambar yang dimuat naik di platform X oleh akaun @akihikokondosk menunjukkan kek yang dihadiahkan untuk  ‘isterinya’. 

Gambar lain pula menunjukkan ‘pasangan’ itu menyambut hari istimewa mereka di rumah.

“Saya sangat menyukai Miku. Selamat ulang tahun perkahwinan keenam!” demikian menurut tulisan pada kek itu. 

Menurut Kondo, dia jatuh cinta pada Miku pada 2007 sejurus selepas watak animasi itu dikeluarkan. 

Perkongsian itu mencatatkan lebih 2.7 juta tontonan bersama 2,300 tanda suka. 

“Tahniah! Saya mendoakan kebahagian kamu berdua,” kata seorang netizen. 

“Miku boleh ke makan kek?” sindir netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI