fbpx

Enjin pesawat penumpang ‘meletup’ sejurus berlepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBAKARAN rumput berlaku dekat landasan Lapangan Terbang Sydney. - Foto coffeepakemilk/X

SYDNEY  – Enjin sebuah pesawat penumpang   ‘meletup’ sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Sydney, Australia dan memaksa penerbangan itu melakukan pendaratan cemas yang  disyaki menjadi punca kebakaran rumput besar-besaran, lapor portal berita MailOnline hari ini.

Penerbangan Qantas QF520 baru sahaja berlepas dari Sydney menuju Brisbane menjelang pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) apabila salah satu enjinnya gagal berfungsi

Penumpang kemudian terdengar bunyi ‘dentuman’ kuat. 

Pesawat membawa 174 penumpang itu terpaksa mengelilingi Teluk Botany untuk membuang bahan api sebelum mendarat cemas dengan semua 174 penumpang turun dengan selamat. 

Qantas menafikan  letupan berlaku, sebaliknya menyifatkan insiden itu sebagai kegagalan enjin terkawal.

Sekitar masa yang sama, kebakaran rumput besar-besaran  berlaku berhampiran landasan di lapangan terbang tersebut,  sekitar Taman Sir Joseph Banks. 

Tidak diketahui sama ada kedua-dua insiden itu mempunyai kaitan antara satu sama lain. 

Kepulan asap yang besar dilihat ketika anggota-anggota Perkhidmatan Bomba New South Wales berusaha mengawal kebakaran.

Semua penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang itu dilaporkan telah dihentikan buat sementara waktu. 

Seorang jurucakap Qantas berkata, jurutera-juruteranya telah menjalankan pemeriksaan awal ke atas enjin dan mengesahkan insiden itu adalah kegagalan enjin terkawal. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI