fbpx

Muhyiddin akur turun hantaran, bawa kes ke Mahkamah Rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menurunkan hantaran media sosialnya berkaitan Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai mematuhi keputusan mahkamah hari ini.

Muhyiddin melalui satu kenyataan berkata, tindakan tersebut dibuat selepas hakim mendapati Presiden Bersatu itu bersalah memfitnah Lim.

Bagaimanapun di sebalik keputusan mahkamah itu Muhyiddin memberitahu dia akan membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan bagi membatalkan sabitan yang memihak kepada Ahli Parlimen Bagan itu.

“Walaupun saya menghormati keputusan mahkamah, saya sangat kecewa dengan keputusan itu.

“Saya telah mengarahkan peguam saya untuk merayu keputusan itu kerana saya percaya bahawa kenyataan saya tidak memfitnah (Lim) dan bahawa saya mempunyai pembelaan yang baik terhadap tuntutan itu, dan bahawa jumlah yang diberikan oleh mahkamah adalah berlebihan.

“Sebagai mematuhi keputusan mahkamah, saya akan mengalih keluar hantaran yang menjadi subjek tindakan ini dari Facebook dan media sosial saya,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Muhyiddin memfitnah Lim dalam isu pembatalan status pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain memerintahkan Muhyiddin membayar ganti rugi kepada Lim sebanyak RM1.35 juta. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI