fbpx

Isteri ada hak tuntut rumah lepas bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang isteri masih mempunyai hak ke atas rumah yang pernah didiami bersama suami sepanjang tempoh iddah walaupun ia hanya didaftarkan atas nama suami.

Peguam Syarie, Nurul Atikah Abd Rashid berkata, ia berikutan rumah berkenaan boleh dianggap sebagai harta sepencarian.

“Penentuan pembahagian antara suami dan isteri pula hanya akan dibuat oleh mahkamah selepas perintah berkaitan harta sepencarian dikeluarkan,” katanya dalam satu hantaran di aplikasi Thread.

Katanya, isteri boleh membuat permohonan injuksi di mahkamah bagi memastikan suami menyerahkan barang-barang peribadi yang masih berada di dalam rumah tersebut.

“Isteri juga boleh memohon mahkamah mengeluarkan larangan untuk suami membenarkan pihak lain yang bukan keluarga masuk ke rumah tersebut,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh iddah, isteri sepatutnya tinggal di rumah kelamin dan suami bertanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal bagi isteri sepanjang tempoh tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI