fbpx

Wanita hilang selepas motosikal terbabas masuk sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang ditemukan di Sungai Pendang di Tajar, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas motosikalnya ditemukan di dalam Sungai Pendang dekat Kampung Alor Binjai di Tajar dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.54 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, motosikal mangsa dilihat berada di dalam sungai berhampiran sebuah jambatan yang merentasi sungai berkenaan.

“Mangsa yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 30-an disyaki terbabas ke dalam sungai tersebut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa dikhuatiri lemas dan hanyut yang mana operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

“Kita turut mendapatkan khidmat Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jitra dan Sungai Petani bagi membantu operasi ini,” tambahnya.

Difahamkan kedalaman sungai itu melebihi empat meter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI