fbpx

‘Saya meraung, betulkah adik meninggal?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang maut ditikam lelaki di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, hari in

GEORGE TOWN – Kakak kepada mangsa lelaki yang maut ditikam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Farlim, Ayer Itam, di sini tidak menyangka panggilan telefon daripada adiknya pada tengah hari semalam merupakan perbualan terakhir mereka berdua.

Khadijah Ibrahim, 64, berkata, adik lelakinya yang disapa dengan nama Zul dalam kalangan keluarga mereka menelefonnya beberapa minit sebelum maut akibat ditikam dengan pisau.

“Saya baru bercakap (telefon) dengan dia pukul 12.47 tengah hari semalam, tiba-tiba saya dapat panggilan daripada ibu saya pada pukul 1.09 tengah hari yang maklumkan adik dah meninggal dunia.

“Saya tidak percaya selepas ibu memberitahu adik sudah meninggal sebab baru sangat bercakap dengan dia. Saya meraung dan tanya ibu, betulkah adik meninggal?,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.

Menurutnya, dia tidak sempat bersembang lama dengan adiknya semalam selepas adiknya meminta untuk memutuskan panggilan berikutan ada panggilan masuk ketika itu.

“Dia tidak pernah telefon ketika makan atau minum tetapi semalam dia telefon saya, saya agak pelik, saya sempat tanya dia ada di mana saja. Dia beritahu dia makan di Nasi Kandar Deen dan kemudian dia minum pula di kedai di nasi kandar lain di Gelugor.

“Ketika kami bersembang di telefon pada masa itu anak perempuannya menelefon adik saya dan adik saya kata ada hal sedikit sebelum memutuskan talian telefon,”’ katanya.

Dalam pada itu, Khadijah berkata, adiknya merupakan seorang yang sangat baik dan amat disenangi oleh kesemua mereka 10 beradik.

“Kami 10 beradik memang rapat, memang kami semua sedih, saya reda dengan pemergian adik. Orang baik, Allah sayang,” katanya.

Tambahnya, adiknya yang merupakan anak ketiga daripada 10 beradik bekerja sebagai pemandu peribadi juga merancang menyertai konvoi ke Thailand dalam masa terdekat ini.

“Arwah pesara askar dan dia aktif berkonvoi. Yang saya tahu, dia memang mahu berkonvoi tetapi tidak kesampaian. Selain motosikal, dia pun ada menyertai kelab kereta,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI