fbpx

[VIDEEO] Jaga-jaga, ‘blind spot’ lori boleh membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian tentang titik buta lori.

PETALING JAYA – Tular video di laman sosial yang menunjukkan ‘blind spot’ atau titik buta sebelah kiri lori sehingga tidak menampakkan langsung penunggang motosikal yang berada di situ.

Menerusi perkongsian video itu, pemandu lori tersebut merakam titik buta di sebelah kirinya yang rupa-rupanya ada penunggang motosikal berhenti di sebelahnya ketika menunggu lampu isyarat.

Sekali pandang memang tiada langsung objek berada di sebelah kiri lori tersebut tetapi apabila rakaman kamera itu didekatkan, kelihatan penunggang motosikal dan anaknya berada di situ.

Sehubungan itu orang ramai meminta semua pengguna jalan raya untuk berhati-hati dengan titik buta lori yang menjadi salah satu punca kemalangan jalan raya.

“Bahaya berada dekat tepi lori macam tu, satu ‘blind spot’ dan kedua takut tiba-tiba tayar lori meletup,” komen @ahmadmizar86.

“Bahaya, saya pernah terlanggar motosikal kat simpang macam ni la kedudukannya. ‘Blind spot’ tak nampak langsung,” tulis @wankhatijah11.

“Hal-hal macam ni sepatutnya kena ada dalam ujian ambil lesen ataupun ketika memperbaharui lesen kena ada taklimat berkaitan dengen keselamatan dan ‘blind spot’,” kata @mylifeisgreat.

Dalam pada itu, orang ramai juga memuji pemandu lori tersebut yang membuat kandungan video mengenai ‘blind spot’ sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya.

“Terima kasih kongsikan hal keselamatan sebegini. Semoga memandu dengan selamat,” kata @dawnharun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI