fbpx

Ee Wei dapat semangat baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE Wei lega mendapat peluang beraksi dalam kejohanan jemputan di Jakarta minggu lalu setelah berehat lama kerana kecederaan. - AFP

PEMAIN beregu campuran negara, Toh Ee Wei nekad untuk kembali beraksi dengan semangat baharu selepas terpaksa berehat lebih sebulan akibat insiden kecederaan dialami di gimnasium pada September lalu.

Walaupun masih dalam proses pemulihan, Ee Wei tetap ingin lakukan yang terbaik ketika turun bersaing di Kejohanan Badminton Jepun Masters 2024 bermula 12 November ini dan disusuli China Masters 2024 seminggu kemudian.

“Saya sudah lama tidak beraksi dalam kejohanan. Mungkin lebih sebulan. Saya tidak tahu apa yang bakal berlaku nanti, tetapi bila dah turun gelanggang, saya akan cuba berikan yang terbaik.

“Tiada siapa mahu kalah, kami akan berjuang untuk setiap mata di kejohanan seterusnya,” katanya selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Selepas tersingkir di suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024, Ee Wei dan gandingannya, Chen Tang Jie beraksi dalam empat kejohanan termasuk meraih gelaran juara Terbuka Korea dan mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong.

Namun, kecemerlangan mereka terhenti apabila Ee Wei terpaksa menerima 16 jahitan pada lengan kiri akibat kemalangan di Gimnasium ABM.

Meskipun tidak sabar kembali, pemain berusia 24 tahun itu bersyukur dapat merasai pengalaman bertanding melalui acara pertunjukan, Bdmntn-XL Tournament di Jakarta minggu lalu.

Ee Wei yang menyertai pasukan Blitzers XL bersama pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin, Aya Ohori (Jepun) dan Kunlavut Vitidsarn (Thailand), berjaya muncul juara pada kejohanan jemputan itu.

Dalam masa sama, pemain kelahiran Melaka itu menafikan musimnya sudah berakhir kerana berjaya pulih dengan cepat hasil rawatan cemerlang daripada ahli fisioterapinya.

“Saya dimasukkan ke hospital selepas kemalangan itu tetapi kembali ke latihan dalam masa empat hari. Saya tidak terlalu memikirkan perkara yang jauh, hanya fokus pada pemulihan. Saya cukup gembira dengan perkembangan sehingga kini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI