fbpx

Vivy, suami tinggalkan SPRM selepas lima jam beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vivy (kiri) dan suami tiba di Ibu Pejabat SPRM untuk direkod keterangan pada hari keempat di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dilihat meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas lima jam direkod keterangan.

Pasangan itu meninggalkan bangunan SPRM kira-kira pukul 1.58 tengah hari menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam.

Ini adalah hari keempat pasangan itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan berhubung laporan kerugian pelaburan dana Khazanah dan PNB dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.

Difahamkan, proses merakam keterangan mereka pada Jumaat adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.

Turut menemani mereka di ibu pejabat SPRM adalah peguam pasangan itu, Shaarvin Raaj Selva Kumar.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sebelum ini mendedahkan wujud transaksi meragukan selepas pihaknya menganalisa 60 kotak dokumen kewangan yang dirampas daripada Fashion Valet, Khazanah dan PNB.

Beliau dilaporkan berkata, transaksi itu dikesan sejak 2018 hingga tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI