fbpx

Aprena buka tudung, ‘Itu tanggungjawab suaminya, bukan saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas penyanyi dangdut, Iwan enggan mencampuri urusan rumah tangga anaknya, Aprena Manrose.

KUALA LUMPUR – Bekas penyanyi dangdut, Iwan Syahman enggan mengulas panjang mengenai tindakan anaknya iaitu pelakon Aprena Manrose yang dikatakan membuka tudung ketika bermain badminton bulan lalu.

Kata Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman Wan Yunus, 64, sebarang tindakan lanjut diserahkan kepada suami anaknya itu memandang Aprena sendiri sudah berumah tangga dengan Mohd. Afiq Hazman.

“Apabila perkara ini berlaku, orang akan bertanyakan kepada saya dan biasanya saya akan tahu. Tetapi bagi saya, dia ada suami. Sebagai bapa saya tidak boleh masuk campur dengan tanggungjawab suami dia.

“Apabila dia berumah tangga, hal itu sudah menjadi tanggungjawab suami yang menjaganya. Kecuali kalau dia sudah bercerai, itu menjadi tanggungjawab saya dan tahulah saya macam mana nak buat,” jelasnya yang ditemui dalam majlis Majlis Sentuhan Kasih Madani anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) semalam.

Tambahnya, meskipun anaknya sudah berkahwin, namun Iwan tetap menjalankan peranan sebagai bapa dalam memberi nasihat kepada anak-anak terutama melibatkan perkara tuntutan agama.

“Setiap kali anak-anak datang ke rumah saya di Kuala Selangor, memang saya akan beri teguran. Saya akan beri nasihat tentang banyak hal. Apa yang boleh dan tidak boleh, tetapi semua itu tetap terserah kepada iman mereka.

“Saya hanya mengingatkan mereka seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang menyampaikan dakwah kepada umatnya agar mencari reda Allah. Bagaimanapun, hidayah itu tetap milik Allah yang tidak boleh dipaksa.

“Tapi, kita syukur dan kita doa. Setiap hari kita berdoa supaya anak-anak Alhamdulillah akan diberi kehidupan baik. Macam dia (Aprena) yang sekejap buka dan pakai tudung, itu biasa sebab ‘iman’ yang ada dalam dirinya masih tidak diusahakan betul-betul,” katanya.

Terdahulu, Aprena atau atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, dikatakan tidak bertudung ketika menghabiskan masa bersama keluarga bermain badminton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI