fbpx

Nelayan Thailand miliki ganja dipenjara 5 tahun 10 bulan, 10 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thanakrit dihukum penjara lima tahun 10 bulan dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang nelayan warga Thailand dihukum penjara lima tahun 10 bulan dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki ganja, Ogos lalu.

Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid menjatuhkan hukuman itu selepas Thanakrit Srichan, 27, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa dalam bahasa Thai.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki ganja seberat 100.04 gram di laluan import Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian di Kaki Bukit, dekat Padang Besar kira-kira pukul 5.40 petang, 5 Ogos lalu.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Nurul Idayu Ismail dan Suriati Yahaya, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI