fbpx

‘Reda dua nyawa hilang serentak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri mangsa (dua dari kiri) bersama ahli keluarga hadir di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Isteri kepada mangsa yang maut ditikam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam, di sini semalam reda dengan takdir yang menimpa suami dan anak perempuannya.

Wanita berkenaan yang enggan dikenali kelihatan sedih dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpa suami serta anak perempuannya itu.

“Saya reda dua nyawa hilang serentak, kita tidak tahu kematian kita macam mana, kita dah tahu kematian mereka macam mana,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 12.54 tengah hari semalam, seorang bapa dan anak perempuan masing-masing berumur 62 tahun dan 30 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam suspek menggunakan sebilah pisau.

Suspek kemudiannya bertindak mengelar dan menikam dirinya sendiri beberapa kali selepas membunuh dua beranak tersebut.

Dalam pada itu, adik lelaki kepada mangsa, Zambri Arifin, 46, berkata, dia bertemu dengan arwah abangnya dua hari lalu di rumah mereka di Tanjong Tokong.

“Abang saya memang kerap datang ziarah kami di Flat Uda, Tanjong Tokong, mak kami pun tinggal di sini, kami sembang-sembang biasa sahaja.

“Abang saya pun tidak beritahu apa-apa, dia nampak macam tiada masalah apa pun. Abang saya ini orangnya pendiam dan tenang sahaja,” katanya yang memberitahu abangnya bekerja sebagai pemandu peribadi.

Tambahnya, jenazah abangnya dan anak saudaranya akan dikebumikan lewat petang ini di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI