fbpx

Cabul kakak ipar dalam bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH ketika tiba di Mahkamah Majistret Bahau, hari ini.

JEMPOL – Seorang pekerja ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul kakak iparnya di dalam bilik di Felda Gugusan Palong, di sini, hujung bulan lalu.

Tertuduh, berusia 24 tahun, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa berusia 26 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatan.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 6 petang di sebuah bilik di Felda Gugusan Palong, di sini, pada 30 Oktober lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman, jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Huzaifah Abdul Talib memohon satu sebutan semula bagi lantikan peguam dan menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000, selain syarat tambahan agar tertuduh tidak berjumpa dan berkomunikasi dengan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI