KUCHING – Dua lelaki yang menerima upah RM5,000 untuk menyeludup masuk dadah dari Semenanjung Malaysia ke negeri ini dicekup di balai ketibaan bahagian luar Lapangan Terbang Miri.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkat,a kedua-dua warga tempatan berusia 36 dan 42 tahun itu ditangkap dalam operasi yang dijalankan oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, kelmarin.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kedua-dua suspek didapati membawa 10.83 kilogram (kg) pil eramin 5, pil ekstasi (4.1 kg) dan syabu (7 k)g yang dianggarkan bernilai lebih RM1.9 juta.
“Maklumat mendedahkan bekalan dadah diperolehi dari Semenanjung sebelum dibawa masuk ke Miri melalui lapangan terbang, dengan suspek menerima upah sebanyak RM5,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mancha berkata ,kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzo.
“Salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE