fbpx

Fitnah: Muhyiddin kena bayar Guan Eng RM1.35 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng ketika hadir di Mahkamah Tinggi hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin diperintah membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM1.35 juta kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan saman fitnah dikemukakan Guan Eng berhubung isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Al-Bukhary.

Justeru Muhyiddin perlu membayar ganti rugi am sebanyak RM1.05 juta, dan ganti rugi teruk serta ganti rugi teladan berjumlah RM300,000.

Dalam keputusannya, Roz Mawar berkata Guan Eng berjaya membuktikan kesnya terhadap Muhyiddin melalui imbangan kebarangkalian dan kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri itu adalah tidak berasas serta tidak benar.

Pada 27 Mac tahun lalu, Guan Eng memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di Facebook mengenai dirinya berhubung isu berkenaan pada 9, 11 dan 12 Mac 2023.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mendakwa kenyataan terbabit membawa maksud beliau telah menyalah guna kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan LHDN mengenakan cukai serta penalti terhadap Yayasan Albukhary. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI