fbpx

Tak jadi lepas hajat, sawa berlingkar dalam mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR ular sawa berlingkar dalam tandas di Queensland. - Foto Facebook/ Hervey Bay Snake Catchers

SYDNEY – Seorang lelaki di Australia menemui seekor ular sawa berlingkar di dalam mangkuk tandasnya untuk kali kedua dalam tempoh seminggu, lapor akhbar New York Post semalam.

Penangkap Ular Teluk Hervey di Queensland terpaksa dipanggil pada 22 Oktober lalu untuk mengeluarkan ular sawa itu.

“Pemilik rumah menghubungi kami selepas menemui ular itu ketika dia pergi ke tandas. Ia adalah seekor ular sawa betina yang mungkin  berada di sana untuk merendam kulitnya sebelum bersalin kulit,” kata penangkap ular tersebut, Drew Godfrey kepada Newsweek.

Selepas mengeluarkan reptilia itu daripada mangkuk tandas, mereka menyiarkan imejnya di laman Facebook.

Syarikat itu juga menyatakan bahawa pihaknya terpaksa memotong paip di bawah rumah dalam usaha untuk mengeluarkan ular tersebut,

Walaupun ular sawa pantai itu tidak berbisa, pemilik rumah masih terkejut dengan kehadiran reptilia tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI