fbpx

Dua pengawal keselamatan ditahan kes beg berisi wang RM1 juta ‘tercicir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Dua pengawal keselamatan ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes kehilangan beg berisi wang RM1 juta di Ampang Point, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek lelaki berusia 52 tahun dan suspek wanita, 38, ditahan pukul 11 malam semalam.

“Ujian air kencing ke atas kedua-dua tangkapan adalah negatif dan tidak mempuyai sebarang rekod jenayah.

“Kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua tangkapan dipercayai berada di dalam van syarikat keselamatan yang membawa beg berisi wang RM1 juta tersebut.

Katanya, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai penemuan beg itu berdekatan kawasan Ampang Point, di sini, pada pukul 9.20 pagi tadi.

“Pemeriksaan yang dijalankan ke atas beg terbabit adalah disahkan milik syarikat keselamatan terbabit dan mengandungi wang tunai sebanyak RM1,071,000.

“Siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan masih lagi diteruskan,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang semalam dalam kejadian di Ampang Point, sudah ditemui semula.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, wang tersebut disahkan terjatuh ketika van milik syarikat keselamatan itu melalui Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI