fbpx

Bung Moktar dakwa syarikat tidak layak dapat pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUALA LUMPUR 24 OGOS 2020 - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin ketika menghadiri Persidangan Parlimen Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: HAFIZ / ASLINDA UTUSAN / REDZA KOSMO

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa Penganugerahan Pakej Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah diberi kepada syarikat tidak berkelayakan.

Dakwa beliau, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah menerima sebanyak 10 syarikat untuk prakelayakan, tetapi dua daripadanya langsung tidak layak iaitu satu merupakan syarikat bumiputera, manakala satu lagi bukan bumiputera.

“Jabatan Teknikal JKR Sabah memgesyorkan lapan syarikat yang layak kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan KKR mencadangkan salah satu syarikat disyorkan JKR Sabah.

“Malangnya syarikat yang langsung tidak layak tersebut diminta pihak tertentu untuk dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST)

‘Ini merupakan satu pelanggaran yang besar dan memalukan JKR Sabah diminta mengeluarkan SST kepada syarikat yang tidak layak dan ditolak,” katanya ketika mencelah pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Bung Moktar berkata, satu lagi pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah diperoleh oleh sebuah syarikat, tetapi syarikat lain pula mengumumkan memperoleh pakej tersebut.

Dakwa beliau, syarikat tersebut kemudian mengumumkan melantik syarikat lain sebagai subkontraktor yang bermakna sudah ada dua kontraktor.

“KKR mesti batalkan pelantikan ini. Rakyat mahukan ketelusan. Kita ada lapan kontraktror yang prakelayakan telah dipastikan oleh JKR Sabah dan harus dipertimbangkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI