fbpx

Titah Adendum untuk Najib hanya khabar angin – Menteri Dalam Negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR – Dakwaan berhubung kewujudan Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah cuma khabar angin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, persoalan itu tidak patut ditimbulkan lagi oleh mana-mana pihak kerana mahkamah sudah memutuskan mengenai perkara tersebut.

“Cerita adendum itu adalah perkara berkait dengan keputusan Lembaga Pengampunan. Ia di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Mahkamah anggap Titah Adendum ini satu ‘hearsay’. Itu jelas keputusan mahkamah. Kita tak patut timbulkan lagi,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Perkara itu dibangkitkan oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang meminta kerajaan menjelaskan sama ada wujud atau tidak Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 tersebut.

“Bukan masalah ‘hearsay’, Menteri atau Perdana Menteri boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong dan tanya wujud atau tidak adendum tersebut,” kata Takiyuddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI