fbpx

Itu daun terup ke sijil penyertaan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang menunjukkan gelagat kreatif dan unik mereka menggunakan daun terup gergasi bersaiz A4.

PETALING JAYA- Tindakan sekumpulan remaja lelaki yang bermain daun terup menggunakan kertas bersaiz A4 telah mencuri perhatian netizen di media sosial.

Menerusi video berdurasi sekitar lapan saat yang dimuat naik di TikTok oleh Imrannnnnn, menunjukkan gelagat kreatif dan unik mereka menggunakan daun terup gergasi bersaiz A4.

Keadaan bertambah lucu apabila mereka cuba menyusun kad tersebut seperti menyusun sijil untuk pergi temu bual.

“Susun kad macam susun sijil nak pergi temu bual,” kata pengguna itu.

Netizen memberikan pelbagai reaksi positif, ada yang memuji kreativiti mereka kerana menggunakan saiz kad yang luar biasa besar untuk menambahkan keseronokan serta turut bertanya beli di mana untuk mencuba sendiri permainan daun terup gergasi ini bersama rakan-rakan mereka.

“Wah, nak beli kat mana itu, nak beg kuning,” kata Aimie Aidaa.

“Mana dapat sebesar alam punya kad, tolong kongsi pautan,” ujar Ticerzee.

Tindakan kumpulan ini mencetuskan fenomena baru, dengan ramai netizen menyatakan rasa terhibur dengan perbuatan mereka.

“Cuba tengok elok-elok, takut terselit sijil kelahiran sekali,” seloroh Hazel.

“Main yang kecil pun saya cepat kalah, kalau yang ini memang sampai ke kerak bumi lah kekalahan saya,” tambah Gotcha. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI