fbpx

KKDW perhalusi wujudkan Tadika Pendidikan Khas Kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika mempengerusikan MEXCLUB bil. 2 di Melaka hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini telah memperhalusi cadangan untuk menubuhkan Tadika Pendidikan Khas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juag menteri KKDW berkata, cadangan mewujudkan Tadika Pendidikan Khas Kemas bertujuan menyediakan pendidikan awal terbaik untuk anak-anak berkeperluan khas di kawasan desa.

“Dalam perbincangan kami sebentar tadi, kami turut memperhalusi cadangan untuk menubuhkan Tadika Pendidikan Khas Kemas yang, insya-Allah akan dilaksanakan kelak. Inisiatif ini bertujuan menyediakan pendidikan awal terbaik untuk anak-anak berkeperluan khas di kawasan desa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Bil. 2 Tahun 2024 di Melaka.

Pertemuan tersebut merupakan inisiatif yang dilakukan oleh KKDW untuk memperkukuhkan kerjasama antara kepimpinan tertinggi KKDW dan Exco-Exco Negeri dalam membincangkan perancangan pembangunan luar bandar dan menyelaraskan usaha bagi meningkatkan kesejahteraan desa di seluruh negara.

Dalam pada itu, jelas Ahmad Zahid, dalam aspek pembangunan desa pula, KKDW komited untuk meningkatkan kemudahan dan program demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) telah dijenamakan semula sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dengan keluasan rumah ditingkatkan daripada 660 kaki persegi kepada 680 kaki persegi serta nilai setiap rumah dinaikkan sehingga RM79,000, peningkatan sebanyak RM13,000 bagi setiap rumah, bergantung kepada negeri.

“Insya-Allah, melalui kerjasama erat antara KKDW dan kerajaan negeri, kita akan terus memperkukuhkan pembangunan luar bandar dengan inisiatif baharu yang mesra rakyat dan relevan.

“Semoga segala usaha ini dapat memberi manfaat kepada 8.1 juta penduduk desa di seluruh negara sekali gus mewujudkan komuniti desa yang lebih mampan dan berdaya saing,”katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI