fbpx

UniMAP sasar 99 peratus kebolehpasaran graduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliman (tengah) beramah mesra dengan pelajar cemerlang UniMAP yang bakal menerima skrol pada Istiadat Konvokesyen UniMAP ke-19 hujung minggu ini.

ARAU – Kadar kebolehpasaran graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mampu mencapai 99 peratus dalam tempoh enam bulan lagi berbanding 97.7 peratus pada tahun lalu.

Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, sasaran peningkatan itu antaranya disumbangkan oleh jumlah graduan yang terlibat konvokesyen kali ini didapati telah mendapat pekerjaan.

Katanya, hampir 70 peratus graduan didapati telah bekerja, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan kerja dalam industri.

“Sebanyak 49.2 peratus bekerja di syarikat tempatan, 26.3 peratus syarikat multi nasional dan selebihnya
pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ekonomi gig, syarikat berkaitan kerajaan, kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Istiadat Konvokesyen UniMAP ke-19 di Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, di sini hari ini.

Kata beliau, rekod itu berdasarkan data Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) dikendalikan Kementerian Pendidikan Tinggi melibatkan 3,139 daripada 3,298 graduan UniMAP yang mengisi kajian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI