fbpx

Syarikat bas ekspres gagal audit ICOP bakal digantung permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke pada sidang akhbar selepas majlis cahaya madani dan perhimpunan bulanan kementerian pengangkutan bagi bulan November 2024. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA- Syarikat bas ekspres yang terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki di Pulau Pinang didapati gagal dalam audit Tata Amalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, susulan kegagalan dalam audit ICOP tersebut, keseluruhan operasi syarikat bas ekspres itu bakal berdepan dengan tindakan penggantungan permit.

“Audit ICOP memang sudah buat, memang mereka (syarikat) gagal pun. JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) akan rujuk kepada APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat), sebab untuk tindakan penggantungan (permit) adalah dibawah APAD.

“Jadi, APAD akan keluarkan surat tindakan terhadap mereka untuk satu tempoh, tapi dalam tempoh itu mereka boleh buat rayuan kepada pihak pejabat menteri.

“(Ini kerana) penggantungan apa-apa permit itu ada prosesnya, ada langkahnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Cahaya Kasih Madani dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) di sini hari ini.

Sebelum ini, MOT menubuhkan pasukan petugas khas dan menggantung serta-merta operasi bas terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki dalam kejadian di Pulau Pinang, Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI