fbpx

30 syarikat besar China tunjuk minat melabur di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama delegasi Malaysia di Beijing hari ini.

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, sebanyak 30 syarikat terkemuka China terutamanya berkaitan industri telah menunjukkan minat mendalam untuk melabur di Malaysia.

Perdana Menteri itu berkata, pertemuan dan perbincangan bersama pelabur berpotensi itu dilakukan ketika lawatan belaiau dan delegasi negara di Shanghai, China semalam.

“Alhamdulillah, hari kedua yang amat produktif dan bermanfaat di Shanghai semalam. Keseluruhan hari digunakan secukupnya untuk bertemu ketua-ketua industri daripada 30 syarikat terkemuka China, yang menunjukkan minat mendalam untuk melabur di Malaysia.

“Insya-Allah, usaha ini akan melimpahkan kemakmuran untuk rakyat,” jelas Anwar di laman sosial Facebook rasminya hari ini.

Antara syarikat gergasi China yang menyatakan minat untuk melabur di Malaysia antaranya, firma modal terkemuka dunia yang memiliki kepakaran dalam bidang semikondaktur, Chengwei Capital.

Disusuli dengan syarikat NRL Capital, yang terkenal dengan peranan pentingnya dalm pembangunan kluster industri berteknologi tinggi di China.

“Seterusnya bertemu dengan empat pemain industri terkemuka China iaitu, Bank Of China, syarikat petrokimia Sinochem, SICC Co. LTD dan syarikat Semcorp.

“Kerajaan Madani mahu terus menarik pelaburan berkualiti, sekaligus dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi,” jelas Anwar.

Terdahulu, Anwar serta delegasi Malaysia mengadakan lawatan kerja ke China selama empat hari diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Lawatan kerja Perdana Menteri ke China adalah atas jemputan rakan sejawatnya Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China ketujuh (CIIE ke-7) di Shanghai.

CIIE merupakan inisiatif China untuk menyediakan platform kepada negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bagi mempromosi dan mengeksport barangan serta perkhidmatan ke negara itu.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di peringkat global selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI