fbpx

14 ahli sindiket ‘calling centre’ warga China ditahan di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Polis menyerbu sebuah premis kediaman dihuni 14 warga China yang juga ahli sindiket penipuan pelaburan dalam talian di Hulu Kelang, di sini, 29 November lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, serbuan pada pukul 9.30 malam itu dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Katanya, beberapa barangan dirampas antaranya 151 telefon bimbit pelbagai jenama, wayar pengecas (empat), modem, router, ipad, komputer riba (tiga), jam tangan mewah, pelbagai kepingan wang kertas (15),dan setangkai kunci.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 120b Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

“Kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kini direman di bawah Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari,” katanya.

Menurut beliau, sindiket ini disyaki beroperasi sebagai calling centre dan kesemua suspek berperanan sebagai khidmat pelanggan dalam satu skim penipuan pelaburan atas talian.

Tegas Sasikala, tindakan berlandaskan undang-undang akan diambil terhadap individu yang didapati melanggar undang-undang.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kegiatan ini disarankan untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi pihak PDRM di mana-mana balai dan ibu pejabat polis yang berhampiran,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI