PROMOSI 11.11 telah menjadi acara beli-belah tahunan yang dinanti-nantikan oleh pengguna seluruh negara sebagai salah satu jualan terbesar dalam talian di peringkat global, menawarkan pelbagai diskaun yang menarik.
Promosi kali ini lebih istimewa bagi pengguna tempatan, khususnya yang tidak berbahasa Mandarin, apabila Taobao Malaysia, sebahagian daripada Alibaba International Digital Commerce Group, melancarkan antara muka bahasa Inggeris pada September lalu.
Malaysia merupakan pasaran pertama yang menerima tawaran baharu ini bersama negara jiran, Singapura.
Penerangan produk yang lengkap dalam bahasa Inggeris, anggaran harga dalam ringgit, dan paparan mesra pengguna yang disesuaikan dengan tabiat pengguna di sini, menjadikan pengalaman membeli-belah global lebih mudah dan menyeronokkan.
Dengan penambahbaikan tersebut, Taobao Malaysia kini lebih giat mengetengahkan tema ‘Fikir saja, Taobao kan ada’, menonjolkan kemampuan penawarannya sebagai platform e-dagang yang benar-benar global.
Ia merupakan inisiatif unik daripada Taobao Malaysia yang menggalakkan pelanggan meneroka pelbagai penawaran dalam platform tersebut secara lebih mendalam.
Melalui kempen ini, Taobao Malaysia memberi fokus kepada pelbagai jenis produk yang jarang ditemui di pasaran tempatan, termasuk barangan buatan tangan serta produk dari luar negara yang mempunyai ciri-ciri unik serta eksklusif.
Dengan cara ini, Taobao menyeru orang ramai untuk membeli produk dari pelbagai lokasi yang berbeza untuk menciptakan pengalaman membeli-belah lebih mengujakan.
Pengguna boleh mencari apa-apa sahaja yang mereka boleh bayangkan, daripada barangan keperluan harian, home & living, fesyen & aksesori, gajet sehingga item yang mungkin dianggap pelik di mata sesetengah pihak.
Salah satu produk menarik ialah beg berbentuk haiwan yang lembut dan comel, membolehkan pengguna membawa imej kecomelan ke mana sahaja mereka pergi. Beg ini berfungsi sebagai aksesori praktikal untuk pengguna membawa barang keperluan harian mereka.
Sementara dari kategori perabot, pembeli boleh memilih rak beruang comel yang tidak hanya sesuai untuk mempamerkan buku kegemaran, malah mengalu-alukan dan membuatkan pemilik rasa teringin untuk ke bilik, atau mana-mana lokasi ia ditempatkan.
Ia menggabungkan fungsi dan keseronokan, menarik perhatian tetamu dan menjadikan mereka terinspirasi untuk memburu perabot comel mereka sendiri di Taobao. Selain itu, antara item yang sering dicari-cari pengguna di platform e-dagang ialah aksesori untuk binatang peliharaan.
Antara produk unik yang terdapat di Taobao ialah kusyen kucing berbentuk durian, yang menggabungkan elemen buah dan haiwan kesayangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja tampil menarik, tetapi ia juga memberikan keselesaan bagi kucing untuk berehat dan bermain di dalamnya.
Promosi berganda secara online dan offline
Sebarang acara promosi digital pastinya tidak lengkap tanpa baucar yang banyak tersedia di Taobao sepanjang Jualan 11.11. Pengguna berpeluang merebut baucar penghantaran percuma setiap hari pada pukul 10 pagi bernilai RMB35 (bersamaan RM21) tanpa perbelanjaan minimum.
Sementara itu, baucar Beli Lebih Banyak, Lebih Jimat menyediakan diskaun di seluruh platform sebanyak RMB50 untuk setiap RMB300 yang dibelanjakan (bersamaan potongan RM29 untuk setiap RM170 dibelanjakan).
Dengan Kod Promosi Harian, pengguna berpeluang mendapatkan kod promosi bernilai sehingga RMB111 (bersamaan RM66), yang dikeluarkan setiap hari pada pukul 9 malam di Facebook dan Instagram Taobao Malaysia.
Untuk Pengguna Baharu di aplikasi Taobao, mereka akan mendapat baucar lumayan yang bernilai sehingga RM90. Ia termasuk tiga baucar penghantaran percuma bernilai RMB105 (bersamaan RM65); potongan RMB30 dengan perbelanjaan minimum RMB31 (bersamaan dengan potongan RM18 dengan perbelanjaan minimum RM19; pengecualian yuran perkhidmatan sehingga RMB15 (bersamaan RM10); dan kemudahan pulangan percuma untuk pesanan pertama (untuk Malaysia Barat sahaja).
*Nilai promosi sebenar ditentukan oleh kadar tukaran semasa.
Di samping itu, Taobao Malaysia turut menganjurkan acara fizikal, iaitu Taobao x Tapak Karnival G11.11LER! yang bermula Khamis sehingga Ahad ini di Tapak Urban Street Dining, Persiaran Hampshire di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Acara ini akan bermula pada hari ini pada pukul 5 petang hingga 12 pagi, manakala untuk Jumaat, Sabtu dan Ahad, ia akan berakhir pada pukul 1 pagi.
Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan seperti persembahan secara langsung serta permainan yang menyeronokkan seperti mini bola sepak, dadu gergasi, gashapon dan gerai foto. Para pengunjung juga berpeluang untuk memenangi kod promosi eksklusif Taobao dan cenderamata selain menikmati suasana yang meriah.
Aplikasi Taobao yang dilengkapi antara muka bahasa Inggeris kini tersedia untuk dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, kemas kini akan dibuat di saluran media sosial Facebook Taobao Malaysia, Instagram, TikTok, atau aplikasi Taobao.