fbpx

‘Rasa macam anak seni tak ada maruah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharnaaz berharap Fazura terus mengasah bakatnya supaya dapat menyanyi lebih baik pada masa depan.

PETALING JAYA – Mengakui nyanyian Nur Fazura menerusi lagu Bertahan Demi Cinta sememangnya tidak mencapai tahap tapi jujur langsung tidak sedap, pelakon Sharnaaz Ahmad bagaimanapun turut berasa simpati terhadap nasib bekas isteri Fattah Amin itu yang teruk dikecam.

Sebagai anak seni yang sama-sama memperjuangkan bakat dalam industri hiburan, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, berharap aktres terbabit terus mengasah bakatnya supaya dapat menyanyi lebih baik pada masa depan.

“Saya rasa banyak kawan dia yang menyokong. Mungkin dia salah pilih kawan. Dia juga adalah rakan saya termasuk selebriti lain. Disebabkan dia kena kecam, saya pula yang kasihan melihatnya.

“Kita ni anak seni, bila tengok anak seni kena hentam begitu, rasa macam kita ini tak ada maruah.

“Tapi tak bolehlah macam tu, orang kata kalau nak pergi berperang jangan bawa pensil, sekurang-kurangnya kena bawa pisau faham tak? Jadi apa yang saya maksudkan adalah kita kena asah lagi kemahiran kita,” katanya menerusi hantaran dalam TikTok.

Enggan berdolak dalih, pelakon filem Polis Evo 3 itu juga turut memberikan maklum balas jujur mengenai mutu nyanyian Fazura.

“Nak tanya saya, sedap tak Fazura menyanyi? Tak sedap. Maaf terpaksa jujur sebab berdosa kalau menipu.

“Kalau kalian kata merdu, aku kena pergi jumpa doktor, kena periksa gegendang telinga aku ada masalah ke tidak,” ujarya.

Rata-rata netizen senada dengan bapa kepada seorang cahaya mata itu namun dalam masa sama menyarankan Fazura agar kekal berlakon dan tidak perlu lagi terlalu mencuba untuk menyanyi memandangkan dia memang tidak berbakat dalam bidang berkenaan.

Penampilan pelakon Gol & Gincu itu di Jakarta pada Selasa lalu adalah kali pertama selepas perceraiannya dengan Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

Dalam program tersebut, Fazura mempromosikan single terbaharunya, Bertahan Demi Cinta, yang asalnya duet bersama Fattah sebelum mereka berpisah.

Bagaimanapun, percubaannya menyanyikan lagu itu secara ‘live’ mengundang pelbagai reaksi malah ramai netizen menitip nasihat agar aktres itu menilai kembali potensi karier nyanyiannya.

Lagu Bertahan Demi Cinta sebelum ini menjadi perhatian selepas dilancarkan sejurus Fazura dan Fattah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI