fbpx

Tapak projek pemuliharaan sungai disyaki simpan diesel mencurigakan diserbu KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saharuddin (kanan) memeriksa dua lori tangki menyimpan minyak diesel mencurigakan di tapak projek pemuliharaan muara Sungai Setiu, Kampung Mangkuk, Setiu hari ini.

SETIU – Tindakan sebuah syarikat kontraktor menyimpan bekalan 38,500 liter minyak diesel di pusat penyimpanan tidak diisytiharkan membawa padah apabila bahan api itu dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Kampung Mangkuk di sini hari ini.

Serbuan di tapak projek pemuliharaan muara Sungai Setiu itu berjaya merampas bekalan minyak diesel, dua lori tangki dan dua tangki septik bernilai keseluruhan RM982,035.

Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, serbuan yang turut dibantu Polis Diraja Malaysia tersebut berjaya menjumpai 23,000 liter minyak diesel di dalam dua lori tangki berkenaan manakala tangki septik terbabit pula mengandungi 15,000 liter bahan api sama.

“Risikan selama dua minggu mengesyaki syarikat terbabit menyimpan bekalan minyak diesel melebihi had dibenarkan iaitu 18,000 liter diesel pada satu-satu masa.

“Pemegang permit juga disyaki telah memindahkan barangan kawalan tersebut ke lokasi tidak dilesenkan untuk penyimpanan tanpa kebenaran Pengawal Bekalan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di Kampung Mangkuk di sini hari ini.

Saharuddin berkata, dua lelaki berusia 35 dan 36 tahun yang merupakan pengurus dan pemandu
tapak projek berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI