fbpx

UCL: PSG di ambang penyingkiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN-PEMAIN PSG kelihatan sugul sebaik sahaja gagal mengutip tiga mata meskipun beraksi di laman sendiri. – AFP

PARIS – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique mengakui situasi pasukannya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kini dalam bahaya selepas tewas 1-2 kepada Atletico Madrid di Parc des Princes awal pagi semalam.

Sambil menyifatkan nasib tidak menyebelahi pasukannya, Enrique juga tidak menafikan anak-anak buahnya agak tumpul dalam melakukan penyudah dengan jaringan pembukaan Warren Zaire Emery hanya terhasil menerusi kesilapan pemain lawan.

“Tiada kata-kata kerana saya fikir kami menguasai permainan dalam tiga aksi di tempat sendiri, namun kami tidak bernasib baik.

“Saya sudah berada dalam bola sepak selama 30 tahun dan saya tidak dapat jelaskan semua ini. Kami sebenarnya lebih baik berbanding pasukan lawan.

“Kami sepatutya mampu menang pada perlawanan di tempat sendiri. Selagi ada perlawanan akan datang, kami pasti terus berjuang,” katanya yang akan berdepan satu lagi tugasan sukar menentang Bayern Munich hujung bulan ini.

Pemain pertahanan, Nahuel Molina menghadirkan kebangkitan buat pasukan pelawat sebelum Angel Correa muncul wira Atletico Madrid apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan di babak kedua.

Keputusan itu sekali gus meletakkan PSG di tangga ke-25 daripada 36 pasukan, sekadar me­ngumpul empat mata daripada empat perlawanan.

“Tidak boleh dinafikan,” kata Enrique selepas ditanya adakah peluang pasukannya untuk mara ke pusingan seterusnya dalam situasi sukar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN