fbpx

Cuaca buruk landa hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri-negeri yang dijangka terjejas termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Sarawak dan Sabah.

“Di Kelantan, cuaca buruk ini dijangka melibatkan kawasan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Sementara itu, di Terengganu, kawasan yang dijangka terjejas termasuk Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, dan Rompin.

Manakala di negeri utara pula, hampir seluruh Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dijangka mengalami ribut petir serta hujan lebat.

Di bahagian selatan Semenanjung, keseluruhan Johor turut diramalkan terjejas dengan angin kencang dan hujan lebat, manakala di Sarawak, kawasan seperti Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang dijangka turut terkesan.

“Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan serta Pantai Barat termasuk Kota Kinabalu, Tuaran dan Sandakan,” tambahnya.

Orang ramai di kawasan-kawasan berisiko dinasihati supaya berhati-hati terhadap kemungkinan berlakunya banjir kilat dan pokok tumbang berikutan cuaca buruk yang dijangka berterusan sehingga petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI