fbpx

‘Orang lain hutang along, kereta aku jadi mangsa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki kesal apabila keretanya disimbah cat gara-gara pemilik lama dikatakan meminjam wang daripada along, dalam kejadian di Ipoh.

PETALING JAYA – Seorang lelaki kesal apabila keretanya disimbah cat merah gara-gara orang lain meminjam wang daripada along, dalam kejadian dipercayai di Ipoh, Perak.

Menerusi video dimuat naik pada TikTok atokipoh, dia memaklumkan penghutang tersebut disyaki pemilik rumah lama yang kini didiami oleh lelaki tersebut.

“Orang lain punya nama, kita pula yang kena. Tak pasal-pasal nak cuci cat minyak, ralat hati betul.

“Tengok nama lah yang pinjam, asal aku yang kena. Nama aku Melayu lah, apa lah orang yang tukang baling cat ni, tak ‘check’ ke,” katanya.

Membalas komen daripada pengguna TikTok lain, atokipoh mendakwa telah bertanya kepada mereka yang membaling cat tersebut berhubung kejadian itu.

“Along cakap sendiri, cari penghutang suruh ganti. Adoi letih-letih.

“Dua alamat peminjam tu letak. Dah buat laporan polis,” katanya.

Lelaki itu juga mendakwa telah menemui ibu peminjam tersebut.

“Saya baru balik jumpa mak dia. Mak dia punya (rumah) pun kena simbah cat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI