fbpx

Tujuh anggota polis ditahan di pusat hiburan tidak mengaku ambil dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang daripada tujuh anggota polis yang dituduh memasukkan dadah dalam badan di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini. -Foto oleh SHAHIR NOORDIN

SUNGAI PETANI – Tujuh anggota polis yang ditahan dalam serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di bandar ini pada 2 Oktober lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memasukkan dadah dalam badan.

Mereka ialah Sarjan Mohd. Khairi Zakaria, 55; Mohd. Fazly Long, 45; Koperal Muhammad Azri Zakariya, 35; Lans Koperal Wan Muneer Abdullah, 36; Lans Koperal G. Selva Kumar, 36; Lans Koperal Mohammad Muizzuddin Mohamad Taib, 29, dan Lans Koperal T. S. Sarvindran, 28.

Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di dua mahkamah berasingan di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani dan M. Kalaiarasi.

Mereka bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Yan dan Pendang.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memasukkan dadah jenis ketamin serta methylenedioxymethamphetamine (MDMA) di sebuah premis di Aman Square, di sini antara pukul 4.20 pagi hingga 7.23 pagi, 2 Oktober lalu.

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 jika sabit kesalahan.

Kesemua mereka dibenarkan dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin serta perlu melapor di balai polis terdekat. Semua tertuduh membayar jaminan dikenakan.

Sementara itu, seorang lagi anggota polis, Francis Nawan Johny, 35, membuat pengakuan sama atas kesalahan memasukkan dadah jenis methamphetamin dan amphetamine di pejabat Bahagian Siasatan dan Jenayah Narkotik Daerah IPD Kuala Muda, di sini kira-kira pukul 12.25 tengah malam, 2 Oktober lepas.

Mahkamah menetapkan antara 3 hingga 12 Disember depan sebagai sebutan semula kes bagi semua kes dihadapi tertuduh. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md. Noor dan S. Preeya.

Sebelum ini tular laporan serbuan Op Noda dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah premis di Sungai Petani.

Menerusi serbuan itu, seramai 48 individu diperiksa dengan 31 daripada mereka positif dadah. Antara yang positif adalah dua pegawai dan 10 anggota polis.

Kosmo! pada 3 Oktober lalu kemudian melaporkan Polis Diraja Malaysia menggantung tugas 12 pegawai dan anggota polis yang positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sungai Petani pada 2 Oktober lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussein berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang terbabit kes jenayah dan masalah disiplin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI