fbpx

‘Geng Bulat’ curi motosikal, jual pada warga asing serendah RM150

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. Sasikala Devi pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Kegiatan Geng Bulat mencuri motosikal sebelum menjualnya pada warga asing serendah RM150 sejak awal tahun ini berjaya ditumpas polis.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, kejayaan tersebut dibongkarkan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh memerusi Op Lejang.

Katanya, sebanyak 10 serbuan dilakukan di sekitar Sungai Buloh bermula 21 Oktober sehingga 25 Oktober lalu membabitkan premis rumah dan kedai.

“Hasil serbuan itu, sebanyak tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia 19 tahun sehingga 43 ditahan untuk siasatan lanjut.

“Warga asing yang ditahan merupakan pembeli kepada salah satu motosikal,” katanya pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya, hari ini.

Tambah beliau, semakan mendapati tiga suspek mempunyai rekod lampau berkait kes dadah manakala seorang lagi tiada rekod lampau.

Jelas Sasikala, kesemua mereka direman bermula semalam sehingga 12 November kerana masih mempunyai enam kes lagi yang disabitkan.

“Antara motosikal yang dirampas adalah enam buah Honda EX5, Yamaha Ego (dua), Yamaha Y150ZR (satu), Yamaha LC (lima), coverset Honda Wave (satu), sport rim (lima), anak kunci (satu). Terdapat juga motosikal yang dijumpai dalam keadaan tidak sempurna,” katanya.

Mengulas lanjut, Sasikala memaklumkan modus operandi Geng Bulat adalah menyasarkan motosikal yang diletakkan di kawasan gelap dan membuat pemantauan sehari sebelum mencurinya.

Tambah beliau, motosikal yang dicuri akan dijual kepada warga asing pada kadar harga RM150.

“Sebanyak 13 kes curi motosikal yang bernilai RM32,000 di dalam Kontinjen Selangor berjaya diselesaikan dengan tertumpasnya Geng Bulat.

“Justeru itu, saya menyarankan kepada pengguna motosikal untuk meletakkan di kawasan bercahaya dan tidak lupa menggunakan kunci pendua seperti rantai atau gari bagi mengelakkan motosikal mudah dicuri,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI