fbpx

Askar Korea Utara berperang dengan tentera Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar edaran Agensi Berita Pusat Korea pada 8 Mac lalu menunjukkan tentera Korea Utara menjalani latihan artileri di lokasi yang tidak didedahkan. - AFP

KYIV –  Beberapa pegawai kanan Kyiv menyatakan bahawa askar Korea Utara bertempur dengan tentera Ukraine buat kali pertama di medan perang, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Pegawai tinggi pencegahan maklumat salah Ukraine, Andriy Kovalenko memaklumkan dalam siaran di platform Telegram pada Isnin lalu bahawa unit pertama tentera Korea Utara telah diserang di Kursk, Russia.

Dalam temu bual bersama stesen penyiaran  Korea Selatan, KBS, Menteri Pertahanan Ukraine, Rustem Umerov pula mengesahkan perkara itu.

Umerov memberitahu, beliau menjangkakan sebilangan besar tentera Korea Utara akan terlibat dalam pertempuran selepas ini.

“Setakat ini hanya pertempuran kecil, bukan penglibatan berskala penuh,” jelasnya sambil menambah, kebanyakan mereka(askar Korea Utara)  masih menjalani latihan.

Menurutnya, askar Korea Utara itu memakai seragam tentera Russia.

“Mereka sedang menjalani latihan taktikal dan ditempatkan di bawah berbilang komander  tentera Russia di barisan hadapan,” katanya.

Tambah Umerov, kemungkinan terdapat lima unit askar Pyongyang, dengan masing-masing terdiri daripada kira-kira 3,000 anggota tentera yang akan ditempatkan di seluruh medan perang Ukraine-Russia.

Beberapa pegawai Amerika Syarikat (AS) memberitahu agensi berita Reuters bahawa tentera Korea Utara terlibat dalam pertempuran di wilayah Kursk, Russia pada 4 November lalu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata, pertempuran pertama dengan askar Korea Utara membuka lembaran baharu bagi ketidakstabilan dunia.

Kyiv menganggarkan seramai 11,000 askar Korea Utara berada di wilayah sempadan Kursk, di mana tentera Ukraine bertapak. –  AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI