fbpx

28 ikan harga RM142,000 mati diracun jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG nenek mendapati 28 ekor ikan peliharaannya mati diracun. - Foto Kennedy News

LONDON – Seorang nenek mendakwa jirannya sengaja meracuni 28 ekor ikan peliharaannya yang bernilai £25,000 (RM142,433) selepas satu pertengkaran, lapor portal berita metro.co.uk semalam.

Christine Whiteley, 70, terkejut  selepas bangun daripada tidur dan mendapati kolam menempatkan ikannya diselaputi buih putih tebal dipercayai dicemari  bahan pencuci.

Nenek kepada empat cucu itu cuba menyelamatkan semua ikan tersebut yang sebahagiannya melebihi 5.08 sentimeter panjang dengan menyiram air bersih.

Hanya seekor ikan emas terselamat, manakala  ikan lain termasuk koi ditanam dalam ‘kubur besar’ di tanah milik rakan keluarganya.

Christine juga mempertimbangkan untuk berpindah dari rumah yang didiaminya selama 48 tahun  di Alfreton, Derbyshire kerana percaya perbuatan khianat  itu dilakukan oleh penduduk setempat.

“Saya kecewa, begitu juga anak perempuan saya (ekoran tragedi itu). Ikan-ikan itu mahal. Saya sangat merindui haiwan peliharaan saya,” katanya. –  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI