fbpx

Lelaki buat kacau pecah cermin kereta awam diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai membuat kacau dan memecahkan cermin kereta orang awam di Lebuh Raya Dr. Lim Chong Eu di Bayan Lepas, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek ditahan di lokasi kejadian oleh pihak polis selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.

“Pihak polis telah ke lokasi kejadian dan menahan lelaki itu kerana suspek bertindak membuat kacau serta memecahkan cermin kenderaan orang awam di situ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan Sazalee berkata, polis menahan dua lelaki berusia 19 dan 27 tahun kerana terlibat dalam kes curi motosikal di sebuah apartment di Bayan Lepas.

“Suspek ditahan di tepi jalan di Halaman Sungai Ara, Bayan Lepas semalam.

“Polis berjaya merampas dua buah motosikal jenis Yamaha dipercayai telah dicuri dua suspek,” katanya suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI