fbpx

Zainal Kling meninggal dunia pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Zainal.

PETALING JAYA – Pakar sejarah negara, Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling meninggal dunia pukul 4.30 pagi tadi.

Allahyarham Zainal, 80, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam.

Difahamkan, jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke Surau Seksyen 3, Shah Alam bagi urusan penyempurnaan jenazah.

Allahyarham merupakan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN).

Selain itu, Allahyarham juga adalah Ketua Eksekutif, Sekretariat Program Kongres Maruah Melayu yang dilangsungkan pada 6 Oktober 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI