JAKARTA – Perbuatan seorang kanak-kanak lelaki di Indonesia yang mencuri sejumlah wang tunai dari sebuah kedai serbaneka mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Abatanews semalam.
Jenayah itu dirakam menggunakan telefon bimbit milik pekerja kedai serbaneka berkenaan sebelum disebarkan di media sosial.
Rakaman di platform Instagram oleh akaun @jabodetabek24info memaparkan budak itu masuk ke dalam kedai dan berpura-pura melihat barang.
Dia kemudian bergegas mendekati meja kaunter dan mengambil sejumlah wang tunai yang disorokkan di dalam laci.
Wang yang dicuri pula mencecah jutaan rupiah.
Seorang kakitangan kedai berkata, premis tersebut pernah kehilangan wang tunai berjumlah 3.7 juta rupiah (RM1,029).
“Saya sengaja meletakkan telefon bimbit untuk menangkap pelaku kerana sistem televisyen litar tertutup (CCTV) rosak,” tambahnya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 99,200 tontonan dan menimbulkan kekecohan di ruangan komen.
“Kecil-kecil dah pandai mencuri,” sindir seorang netizen. – AGENSI