fbpx

Polis belasah pemandu e-hailing diturun pangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video Bambang menumbuk pemandu e-hailing tular minggu lalu. - Tangkap layar

JAKARTA – Seorang Komisioner Polis bahagian Polis Maluku diturunkan pangkat selepas video memaparkan dia memukul seorang pemandu e-hailing tular di laman sosial, lapor laman berita Kumparan semalam.

Ketua Sub-Direktorat Komisioner Polis Trafik Gakkum, Bambang Surya Wiharga disahkan telah ditukar jabatan.

“Surat penurunan pangkat telah dikeluarkan,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Maluku, Komisioner Besar Polis Areis Aminnulla.

Menurut Areis, Bambang telah dipindahkan ke jabatan Yanma Polis Maluku. Ia merupakan jabatan berkaitan urusan pentadbiran polis tempatan.

Pada minggu lalu, sebuah video tular memaparkan kejadian Bambang memukul seorang pemandu teksi online di Jakarta Selatan.

Bambang dikatakan berang kerana pemandu berkenaan enggan menuruti permintaannya untuk menukar laluan bagi menuju ke destinasi.

Kedua-dua mereka bertengkar sehinggakan pemandu e-hailing tersebut melanggar sebuah kenderaan lain di hadapannya. 

Bambang kemudian keluar dari kenderaan itu sebelum dia menumbuk pipi mangsa, menyebabkan mangsa membuat laporan polis. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI