fbpx

Hotel ‘black pink’ di tengah ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA penyambut tetamu sedia melayan para tetamu di Hotel Teedo, Kuala Lumpur. – Syakir Radin

SAAT tiba di hadapan pintu Hotel Teedo, Kuala Lumpur, penulis teruja melihat dekorasi bertemakan warna merah jambu panas (hot pink) dan hitam.

Melangkah masuk ke dalam hotel bagai terasa berada di dalam dunia penuh feminin kerana kebanyakan dekorasi turut memiliki rona ‘fuchsia’.

Hotel mesra bajet yang terletak di tingkat empat bangunan Pudu Sentral itu turut menyajikan pemandangan Menara Merdeka 118.
Pemilik Hotel Teedo, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, lokasi tempat penginapan tersebut sangat strategik kerana terletak dekat dengan pelbagai tarikan pelancongan.

“Sebanyak 84 daripada keseluruhan 168 bilik di hotel ini menawarkan pemandangan ikonik Menara Merdeka 118 pada jarak dekat.
“Sementara itu, tetamu hotel boleh mengunjungi Petaling Street yang berada dalam jarak 500 meter dan 10 minit berjalan kaki ke Bukit Bintang,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid merasmikan Majlis Prapelancaran Hotel Teedo.

HOTEL Teedo memiliki elemen yang ada pada hotel lima bintang.

Turut hadir ialah Timbalan Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan.

Sebelum ini, bangunan tersebut dikenali sebagai Hotel Ancasa Express, namun terpaksa ditutup selama dua tahun akibat pandemik Covid 19.

Disoal faktor memilih hot pink sebagai signatur utama hotel, Nurulhidayah berkata, warna tersebut memberikan aura ceria, bersemangat dan segar.

“Warna hot pink ini melambangkan daya tarikan wanita. Selalunya, wanita memiliki pengaruh dalam pembuatan keputusan apabila memilih bilik hotel penginapan bersama suami.
“Selain itu, dekorasi dengan warna hot pink menjadikan hotel ini nampak cantik sekiranya tetamu ingin mengambil gambar kenang-kenangan,” ujarnya.

Ketika dibawa meninjau keadaan bilik, penulis dapati terdapat tempat duduk dan mesin ‘gedegang’ di tengah-tengah sebelum laluan menuju ke lif.
Ini menjadikan hotel berkenaan sesuai untuk anak muda yang mahu staycation bersama kawan-kawan di ibu kota.

SUASANA bilik dengan pemandangan pencakar langit ini cukup selesa untuk para tetamu.

Hotel yang dikategorikan sebagai tiga bintang tersebut turut dilengkapi dengan restoran, kedai serbaneka, Wi-Fi berkelajuan tinggi, televisyen dan
pen­dingin hawa. Lebih menarik, hotel berkenaan terletak berdekatan dengan pusat beli-belah GMBB yang menawarkan pelbagai aktiviti seni.

Tambah wanita berusia 46 tahun itu, tawaran yang disediakan Hotel Teedo memiliki elemen hotel lima bintang.
“Dengan kadar yang berpatutan, lokasi strategik dan suasana meriah, Hotel Teedo sudah pasti menjadi pilihan tepat untuk semua.

“Terutamanya kepada mereka yang ingin menyelami sepenuhnya pengalaman tinggal di Kuala Lumpur sambil menikmati keselesaan hotel ini,” katanya.
Jika tidak mahu pergi jauh, lobi hotel juga memiliki ‘fun corner’ yang menempatkan table football dan ruang santai buat tetamu.

Selain tempat bersantai, Hotel Teedo turut menyediakan dewan yang boleh memuatkan antara 200 hingga 250 tetamu pada satu-satu masa.

Saiz tersebut sesuai untuk persidangan berskala kecil atau mesyuarat bagi syarikat yang memiliki bajet terhad.

Untuk makluman, hotel berkenaan masih mengekalkan waktu daftar masuk pada pukul 2 petang dan keluar pada pukul 12 tengah hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI