fbpx

Bomba selamatkan suami isteri sesat dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOMBA berjaya menemui pasangan suami isteri yang dilaporkan sesat di Bukit Cherok Tokun, Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Bomba berjaya menyelamatkan sepasang suami isteri yang tersesat ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tokun, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Pasangan yang masing-masing berusia 31 tahun itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut kepada talian kecemasan pada pukul 11.03 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mangsa dikatakan tersesat selepas gagal turun dari bukit semasa melakukan aktiviti pendakian.

“Pasangan itu dapat dihubungi melalui panggilan telefon dan mereka telah menghantar lokasi melalui aplikasi WhatsApp kepada komander operasi.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya berjaya ditemui dalam keadaan selamat dengan bantuan pendaki lain pada pukul 12.33 dan mereka tidak cedera,” katanya kepada pemberita hari ini.

Operasi berkenaan dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI