PUTRAJAYA – Selepas tiga jam selesai direkod keterangan, pengasas platform e-dagang, FashionValet, Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dilihat keluar daripada Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pasangan itu dilihat meninggalkan bangunan SPRM kira-kira pukul 4.23 petang tadi dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna hitam.
Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada pasangan itu akan dipanggil semula atau tidak dan sehingga kini masih belum ada pengesahan dan kenyataan rasmi daripada SPRM berhubung perkara itu.-KOSMO! ONLINE