fbpx

Van muatan buku masuk gaung, pemandu maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan van yang terbabas masuk ke dalam gaung dan merempuh pokok dalam kejadian di Batu 23, Jalan Kimanis – Keningau pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

PAPAR – Seorang lelaki maut selepas van dinaiki bersama rakan terbabas dan merempuh pokok dalam kejadian di Batu 23, Jalan Kimanis – Keningau hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa maut dikenali sebagai Lee Jia Jun, 32, ditemui tersepit di tempat duduk pemandu jenis Toyota Hiace ekoran kecederaan parah di kepala.

Seorang lagi rakan mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 23 tahun terselamat namun cedera di bahagian pinggang hingga kaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, sejurus tiba di lokasi kemalangan, anggota bomba bertugas mendapati terdapat sebuah van terbabas ke gaung sedalam lebih enam meter.

“Terdapat dua mangsa tersepit di dalam kenderaan terbabit. Mangsa pertama berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan diberikan rawatan oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum dihantar ke Hospital Papar,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka memaklumkan, masalah brek dipercayai menjadi punca van membawa muatan buku terbabit terbabas dan melanggar sebatang pokok.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI