fbpx

Buruh ditahan bersama senapang angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELARAS senjata api tiruan yang dirampas anggota polis dalam sebuah kebun getah di Kampung Kubang Perun di sini semalam.

ARAU – Seorang buruh binaan direman tiga hari setelah ditahan bersama selaras senjata buatan sendiri bersama peluru di Kampung Kubang Peru, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Mohd Rodi berkata, suspek berusia 41 tahun ditahan pada pukul 11.15 malam semalam di sebuah pondok dalam kebun getah di kawasan kampung tersebut.

“Ketika serbuan dilakukan, suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan di hadapan pondok terbabit yang terletak di Jalan Kubang Perun. Pemeriksaan lanjut menemukan selaras senjata buatan sendiri yang disembunyikan di bawah lantai pondok berkenaan.

“Polis turut menemui botol air kosong yang berisi beberapa butir ‘ball bearing’ disyaki digunakan sebagai peluru serta alat pemampat udara peti sejuk yang telah diubah suai dipercayai untuk meningkatkan tekanan angin pada senjata berkenaan,”katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI