PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan, negeri-negeri yang dijangka terjejas termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, dan Sabah.
“Di Kelantan, cuaca buruk ini dijangka melibatkan kawasan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, dan Gua Musang. Manakala di Terengganu, kawasan terjejas termasuk Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun, dan Kemaman,” katanya.
Jelas MetMalaysia, di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, dan Kuantan.
“Di negeri utara pula, seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak dijangka mengalami ribut petir serta hujan lebat,” ujarnya.
Bagi kawasan selatan, cuaca buruk dijangka melanda Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, dan Mersing, manakala di Sarawak, kawasan Kuching, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, dan Limbang turut terkesan.
“Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman seperti Sipitang dan Beaufort, serta Pantai Barat yang meliputi Kota Kinabalu, Tuaran, dan Kota Belud,” tambahnya.
Penduduk di kawasan terlibat dinasihati supaya berwaspada terhadap risiko banjir kilat dan pokok tumbang yang mungkin berlaku akibat cuaca buruk ini. – KOSMO! ONLINE