KOTA BHARU – Seramai 80 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar, Vietnam dan Indonesia yang sebelum ini ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah dekat sini dihantar pulang ke negara asal mereka hari ini.
Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, kesemua PATI yang berusia dalam 18 hingga 62 tahun itu dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang di Selangor.
“PATI itu terdiri daripada 42 orang lelaki dan lapan wanita warganegara Myanmar. Selain itu, seramai 29 PATI warganegara Vietnam dan seorang wanita Indonesia turut dihantar pulang ke negara asal mereka. – KOSMO! ONLINE